Definisi nota
Nota ialah benda yang dicatat
oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi
bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah
suatu seni.
Cara-cara membuat nota
a) Annotation
Annotation
merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk yang ringkas.Cara
ini sesuai untuk bahan-bahan yang melibatkan buku teks, modul bercetak, artikel
atau sumber-sumber lain. Nota boleh dilakukan dengan cara menggaris
fakta-fakta, menandakan isi-isi penting dan sebagainya. Kaedah ini akan
membantu untuk bukan sahaja mengingat isi-isi penting malah membantu seseorang
agar tidak membaca keseluruhan teks semula. penerangan ringkas mengenai sesuatu
kerja. Penjelasan ini mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap.
b) Outline notes
Outline
notes merupakan cara yang menggunakan frasa dan kata kunci. Outline notes juga
boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.
c) Column notes
Cara
membuat nota menggunakan format berbentuk lajur. Kaedah ini sangat sesuai
digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Kaedah ini untuk mengklasifikasi
sesuatu agar mudah difahami.
d)
Nota
rumusan
Nota juga
boleh dicatat dalam bentuk rumusan. ia mengandungi semua maklumat yang telah
diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. rumusan ini lebih berfokus kepada isi
penting. ia juga boleh dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri. Terdapat
ruangan yang disediakan di antara nota untuk membuat maklumat tambahan atau
perubahan. Maklumat juga boleh dikecilkan atau diringkaskan.
Alat-alat berfikir dalam membuat nota
1.
Pengurusan grafik
Alat
pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta
cerita dan alat pengurusan kognitif. Ia merupakan alat komunikasi yang
menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran,
idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama alat pengurusan
grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.
2. Peta minda
§ Diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun
1984. Peta minda ialah sa;ah satu cara mencatat nota paling ringkas dan
berkesan. Ia membantu meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Peta minda
membantu menonjoklan hubungan antara idea-idea penting.
§ Ciri-ciri peta minda
·
Menggunakan
kata kunci
·
Berasaskan
imej
·
Menggunakan
pelbagai warna
·
Dilukis
dalam 3 dimensi
·
Lukisan
dengan saiz yang berbeza
§ Contoh untuk
membuat peta minda
Peta Minda Jenis Tulang Ikan
Peta Minda Jenis Cabang
Peta Minda Jenis Kitaran
Carta Minda Jenis Carta Alir
Peta Minda Jenis Pokok
3. Pemetaan i-Think
§ Tujuan-meningkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Terdapat lapan peta pemikiran yang
diperkenalkan iaitu :
ü Circle map
ü Bubble map
ü Double bubble map
ü Tree map
ü Flow map
ü Brace map
ü Multiflow map
ü Bridge map
4. Teknik menyoal aras tinggi
§ Teknik menyoal aras tinggi digunakan
untuk menggalakkan KBAT. Pada masa kini, KBAT berasaskan domain kognitif dalam
taksonomi bloom iaitu mengingat,memahami,mengaplikasi,menganalisis,mencipta dan
menilai.
§ Jenis-jenis menyoal aras tinggi :
ü Penyoalan sokratik (diperkenalkan
oleh Socrates)
ü Soalan bertumpu dan mencapah (dibina
berasaskan domain kognitif taksonomi bloom)
ü Lingkaran soalan (Diperkenalkan oleh
Christenbury dan Kelly)
v Penyoalan sokratik merangsang
pelbagai bentuk pemikiran. Ia lebih sistematik,teratur dan ,menadalam. Terdapat
enam jenis penyoalan sokratik iaitu soalan penjelasan,soalan merangsang
andaian, soalan merangsang sebab dan bukti,soalan merangsang kesan dan akibat
dan soalan berkaitan soalan.
v Soalan bertumpu dan mencapah. Soalan
bertumpu adalah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad dan tepat. Soalan
bertumpu ialah soalan aras rendah yang yang kebanyanknnya berbentuk kefahaman
dan pengetahuan. Soalan mencapah ialah soalan yang mempungai pelbagai jawapan.
Ia merupakan soalan aras tinggi dan bersifat subjektif.
v Lingkaran soalan di Malaysia telah
diperkenalkan oleh Willian Wilen. Teknik ini diperkenalkan bagi mendaatkan idea
dan psndangan ahli panel yang pakar dari pelbagai bidang. Lingkaran soalan
ialah soalan yang dikemukakan secara berturutan dan hieraki untuk melaksanakan
ingkaran soalan.
5. Alat-alat CoRT
§
Alat berfikir CoRT adalah istilah
yang diperkenalkan oleh Professor Dr. Edward de Bono pada tahun 1972.
§
Terdapat enam jenis alat CoRT iaitu
ü CoRT 1: keluasan persepsi
ü CoRT 2: organisasi proses berfikir
ü CoRT 3: interaksi, argumen, pemikiran kritis
ü CoRT 4: pemikiran kreatif
ü CoRT 5: maklumat dan perasaan
ü CoRT 6: tindakan Penggunaan
CoRT ini diperkenalkan untuk meningkatkan keupayaan berfikir dalam kalangan
pelajar.
§ Namun, yang sering digunakan dalam pembelajaran
adalah CoRT 1. Terdapat 7 teknik asas dalam penggunaan CoRT 1`
a. PMI - plus, minus, interesting (baik, buruk, menarik)
b. CAF - Consider All Factors (ambil kira semua faktor)
c. C&S - Consequence and Sequel (kesan dan akibat daripada kesan)
d. AGO - Aims, Goals, Objective (tujuan, matlamat, objektif)
e. FIP - First Important Priority (keutamaan)
f. APC - Alternatives, Possibilities, Choices (alternatif, kemungkinan, pilihan)
g. OPV - Other People's Views (pandangan orang lain)
a. PMI - plus, minus, interesting (baik, buruk, menarik)
b. CAF - Consider All Factors (ambil kira semua faktor)
c. C&S - Consequence and Sequel (kesan dan akibat daripada kesan)
d. AGO - Aims, Goals, Objective (tujuan, matlamat, objektif)
e. FIP - First Important Priority (keutamaan)
f. APC - Alternatives, Possibilities, Choices (alternatif, kemungkinan, pilihan)
g. OPV - Other People's Views (pandangan orang lain)
Alat-alat
CoRT IV
§ CoRT IV membantu meningkatkan kreativiti, iaitu
menghasilkan persepsi yang baru.
§ CoRT IV lebih dikenali sebagai alat
untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de
Bono.
§ Pemikiran lateral merupakan proses
mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.CoRT IV
terdiri 10 teknik:
1.
YA,
TIDAK, PO
§ Alat-alat yang terdapat dalam CoRT
IV biasa digunakan adalah alat penggunaan YA, TIDAK dan PO
§ Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan
secara YA atau TIDAK . Ia telah mantap dan
kukuh. Tidak dapat diubah dan dipindah.
§ CoRT IV memperkenalkan satu konsep
baru yang dipanggil PO.
§ PO merupakan satu perkataan rekaan yang
digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian.
Iaitu, kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betulatau salah.
2.
Batu Loncatan
§ Idea yang berani dijadikan sebagai
batu loncatan unutk mendapat idea (kreatif) yang baru.
§ *PO : kedua-dua pelajar mesti
memenangi acara baling gasing.
§ Idea ini mungkin kedengaran bodoh,
tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: bahagikan acara kepada
dua pusingan. Maka kedua-dua pelajar boleh menang.
3.
Input
Rawak
§ Mengaitkan dua perkara yang tidak
berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru.
§ “Buku PO durian”
§ Buku dicipta supaya mempunyai pangsa
seperti durian. Setiap bab disimpan dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa
buku untuk dibaca. Simpan kembali bab dalam Pangsa selepas membaca.
4.
Cabaran Konsep
§ Memilih satu konsep, cabar konsep
itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu. Apakah
cara-cara alternatif?
§ Konsep: “Teksi berjalan mengikut
bilangan pemandu yang ditetapkan”
§ Alternatif: Teksi menunggu penumpang
cukup dan berjalan apabila penumpang cukup.
5.
Idea Dominan
§ Dalam sesuatu situasi, terdapat satu
idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari
idea-idea baru
§ Idea dominan bagi sesuatu kursus:
amali
§ Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai
murni dan banyakkan dorongan serta cadangan untuk mencapai kejayaan dalam
kursus tersebut.
6.
Takrifkan masalah
§ Takrifkan masalah dengan tepat
§ Masalah ‘Hidup di asrama banyak
gangguan emosi’
§ Penyelesaian: sesi kaunseling dengan
pelajar yang mengalami masalah emosi
7.
Singkirkan kecacatan
§ Kenal pasti semua kecacatan yang ada
lalu singkirkan kecacatan-kecatatan berkenaan.
§ Kecacatan: Masalah guru yang lambat
atau tidak masuk mengajar di dalam kelas
§ Penyelesaian: Guru besar membuat
mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu mengajar.
8.
Kombinasi
§ Gabungkan beberapa perkara menjadi
sesuatu yang bernilai tambah
§ Gabungan idea kuih dan sambal daging
: kuih cara berlauk
9.
Keperluan
§ Mengenal pasti semua keperluan
situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.
§ Keperluan pelajar yang berpindah
sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri dengan keadaan
sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas.
10. Penilaian
§ Menilai sama ada idea tersebut boleh
dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa
kelemahannya
§ Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS
KOMPUTER’ dijalankan kerana menepati keperluan.
§ Keperluan: zaman berteknologi
tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik IT.
Bibliografi
Sumber internet:
https://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota
https://gohfongblog.wordpress.com/alat-alat-cort-iv-pemikiran-kreatif/
https://jianhuatan.wordpress.com/category/uncategorized/alat-alat-cort-iv-pemikiran-kreatif/
https://sites.google.com/site/debbystanis/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota
https://prezi.com/ts-6okdjborw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota/
No comments:
Post a Comment