Teknik Membaca (IVY CHIONG YIN YIN)
i.Definisi
membaca:
ü
Membaca
adalah satu cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis.
ü
Sebagai
pelajar, membaca menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami
sesuatu perkara atau konsep.
ü
Bagi
menjadi pembaca yang berkesan, kita mesti menguasai beberapa teknik membaca
yang betul dan sesuai dengan keupayaan kita.
ii.Teknik membaca
dibahagikan kepada:
·
Pembacaan
cepat
·
Pembacaan perlahan
1.Teknik pembacaan
cepat
·
Skimming
·
Scanning
1.1 Teknik membaca cepat-Teknik Skimming(Luncuran)
Definisi:
Ø
Teknik
Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin
mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN
MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN):
Ø
Mendapatkan
maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
Ø
Pandangan
umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA
MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN):
Ø
Membaca
tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
Ø
Membaca
dengan pergerakan mata yang dekat
Ø
Fokus
kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
Ø
Memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
1.2 Teknik membaca cepat –Teknik Scanning
Definisi:
Ø
Teknik
Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang
yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
TUJUAN
MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING (IMBASAN):
Ø
Untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
Ø
Untuk
mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
Ø
Untuk
mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA
MEMBUAT TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
Ø
Membaca
pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
Ø
Membaca
kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang
dinyatakan
Ø
Memberikan
perhatian kepada rajah dan grafik yang ada
2.Teknik pembacaan
perlahan
TUJUAN TEKNIK
PEMBACAAN PERLAHAN:
Ø Untuk membuat analisis
Ø Supaya lebih faham
Ø Dapat menilai bahan bacaan
Ø Memahami arahan yang diberikan seperti
dalam latihan dan soalan
Ø Dapat mengingat maklumat dengan lebih
berkesan
2.1 Teknik pembacaan
perlahan-Teknik SQ3R
Definisi:
SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang
telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).Ia merupakan satu kaedah membaca yang
memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu
bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R merupakan
suatu prosedur belajar yang sistematik dan bersifat praktik. Metode SQ3R
merupakan suatu metode membaca yang sangat baik untuk kepentingan membaca
secara intensif dan rasional.
APA YANG
DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?
S- SURVEY (MENGKAJI)
langkah
membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di
dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk
kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan
pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Ø Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi
kandungan
Ø Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan
sub-tajuk
Ø Baca keterangan, carta dan grafik
Ø Baca rumusan
Ø Melihat bagaimana maklumat disampaikan
Ø Lihat sepintas lalu pada pendahuluan,
ringkasan dan rumusan
Q- QUESTION (MENYOAL)
langkah
yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut
setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.
Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang
ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa
membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Ø Menyoal perkara yang berkaitan dan
bersesuaian
Ø Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk
soalan
Ø Menyoal; "apa yang saya tahu tentang
tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
Ø Bersoal jawab dengan rakan-rakan
Ø
Menjawab
soalan yang terdapat di akhir bab
3R- READ (MEMBACA)
peringkat
pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba
mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya
sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan
soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya
sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau
maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Ø Baca perlahan
pada petikan yang sukar
Ø Ambil perhatian
pada petikan atau frasa yang penting
Ø Catatkan nota
yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
Ø Dapatkan contoh
yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
Ø Ulang baca dan
tumpukan pada kata kunci
3R- RECITE (MENYEBUT)
peringkat
yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang
telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang
sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab
soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota
atau bahan yang telah dibaca.
Ø Cuba faham dan imbas kembali dengan
menyebut semula
Ø Gunakan deria untuk memudahkan proses
mengingat
Ø Imbas kembali apa yang dibaca dengan
menggunakan teknik penyoalan
3R- REVIEW (MENGULAS)
peringkat
terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih
untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah
ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Ø Ulas semula maklumat yang dibaca
Ø Ulas soalan dan jawapan
Ø Buat ulasan nota
Ø Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
Ø Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
Manfaat teknik
SQ3R
a. Survey terhadap
bacaan akan memberi kemungkinan pada pembaca untuk menentukan apakah bacaan
tersebut sesuai dengan keperluannya atau tidak. Jika memang bacaan itu
diperlukan, tentu pembaca akan meneruskan kegiatan bacanya. Jika tidak, pembaca
akan mencari bahan lain yang sesuai dengan kebutuhan atau keinginannya.
b. Metode SQ3R
memberi kesempatan kepada para pembaca untuk berlaku fleksibel. Artinya
pengaturan kecepatan membaca untuk setiap bagian bahan bacaan tidaklah harus sama.
Pembaca akan memperlambat tempo bacaannya jika menemukan hal-hal yang reletif
baru baginya, hal-hal yang memerlukan pemikiran untuk memahaminya, atau mungkin
bagian-bagian bacaan yang berisi informasi yang diperlukan pembacan.
Sebaliknya, pembaca akan menaikkan tempo kecepatan bacanya, jika bagian-bagian
bacaan itu dipandang kurang relevan dengan kebutuhannya atau mungkin bagian
tersebut sudah dikenalinya.
c. Metode SQ3R
membekali pembaca untuk belajar secara sistematis.
d. Penerapan
metode SQ3R dalam pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang komprehensif,
bukan ingatan. Pemahaman yang komprehensif akan bertahan lebih lama tersimpan
di dalam otak, daripada sekedar mengingat fakta.
e. Metode SQ3R
dapat meningkatkan pencapaian hasil belajar dengan efektif dan efisien apabila
dibandingkan dengan belajar tanpa metode.
Kelebihan metode SQ3R
Metode SQ3R
merupakan salah satu metode yang dapat digunakan dalam pembelajaran membaca.
Metode SQ3R memiliki kelebihan dalam meningkatkan daya ingat dari pemahaman
suatu bacaan. Kelebihan metode pembelajaran SQ3R menurut Fitria (2011) antara
lain:
1) Siswa diarahkan
untuk terbiasa berpikir terhadap bahan bacaan sehingga siswa menjadi lebih
aktif dan terlatih untuk bisa membuat pertanyaan.
2) Siswa berusaha
untuk memikirkan jawaban-jawaban dari pertanyaan yang mendalami isi bacaan atau
teks tersebut.
3) Siswa dapat
bekerjasama dalam kelompoknya untuk saling bertukar pendapat dalam memahami
konsep materi yang disajikan dalam uraian teks.
2.2 Teknik membaca perlahan-Teknik
KWLH
Definisi:
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar
berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses
pembacaannya.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat
penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat
bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang
diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang
perlu dibaca lagi.
KWLH adalah
singkatan bagi yang berikut:
K (KNOW)- apa yang telah diketahui
(sebelum membaca)
W (WANT)- apa yang hendak diketahui
(sebelum membaca)
L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
Tujuannya :
·
Pelajar
dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
·
Pelajar
sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang
sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·
Pelajar
dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain,
selain sumber yang telah sediakan.
·
Pelajar
dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan
(semasa).
TEKNIK MEMBACA
DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
Membayang atau menentukan apa yang ingin
diketahui
Melakukan pembacaan (bahan yang telah
dipilih)
Mengetahui apa yang telah diperoleh
daripada pembacaan yang baru dilakukan
Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh
(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
TEKNIK INI
MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa
yang dibaca
Menentukan apa yang telah diperoleh
daripada pembacaannya
Menentukan apakah lagi bahan yang perlu
dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan
Kelebihan Teknik KWLH
Pelajar dapat
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar sendiri
dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar dapat
menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain
sumber yang telah sediakan.
Pelajar dapat mengetahui
apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan
No comments:
Post a Comment