Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota-TEE LEY YAN

Definisi nota
Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah suatu seni.
Cara-cara membuat nota
a)    Annotation
Annotation merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk yang ringkas.Cara ini sesuai untuk bahan-bahan yang melibatkan buku teks, modul bercetak, artikel atau sumber-sumber lain. Nota boleh dilakukan dengan cara menggaris fakta-fakta, menandakan isi-isi penting dan sebagainya. Kaedah ini akan membantu untuk bukan sahaja mengingat isi-isi penting malah membantu seseorang agar tidak membaca keseluruhan teks semula. penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja. Penjelasan ini mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap.
b)    Outline notes
Outline notes merupakan cara yang menggunakan frasa dan kata kunci. Outline notes juga boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.
c)    Column notes
Cara membuat nota menggunakan format berbentuk lajur. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Kaedah ini untuk mengklasifikasi sesuatu agar mudah difahami.
d)    Nota rumusan
Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. ia mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. rumusan ini lebih berfokus kepada isi penting. ia juga boleh dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri. Terdapat ruangan yang disediakan di antara nota untuk membuat maklumat tambahan atau perubahan. Maklumat juga boleh dikecilkan atau diringkaskan.
 Alat-alat berfikir dalam membuat nota
1.    Pengurusan grafik
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif.  Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka.  Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.
2.    Peta minda
§  Diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984. Peta minda ialah sa;ah satu cara mencatat nota paling ringkas dan berkesan. Ia membantu meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Peta minda membantu menonjoklan hubungan antara idea-idea penting.
§  Ciri-ciri peta minda
·           Menggunakan kata kunci
·         Berasaskan imej
·         Menggunakan pelbagai warna
·         Dilukis dalam 3 dimensi
·         Lukisan dengan saiz yang berbeza
§  Contoh untuk membuat peta minda
Peta Minda Jenis Tulang Ikan 
Peta Minda Jenis Cabang
Peta Minda Jenis Kitaran 
Carta Minda Jenis Carta Alir

Peta Minda Jenis Pokok
3.    Pemetaan i-Think
§  Tujuan-meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Terdapat lapan peta pemikiran yang diperkenalkan iaitu :
ü  Circle map
ü  Bubble map
ü   Double bubble map
ü  Tree map
ü  Flow map
ü  Brace map
ü  Multiflow map
ü  Bridge map
4.    Teknik menyoal aras tinggi
§  Teknik menyoal aras tinggi digunakan untuk menggalakkan KBAT. Pada masa kini, KBAT berasaskan domain kognitif dalam taksonomi bloom iaitu mengingat,memahami,mengaplikasi,menganalisis,mencipta dan menilai.
§  Jenis-jenis menyoal aras tinggi :
ü  Penyoalan sokratik (diperkenalkan oleh Socrates)
ü  Soalan bertumpu dan mencapah (dibina berasaskan domain kognitif taksonomi bloom)
ü  Lingkaran soalan (Diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly)
v  Penyoalan sokratik merangsang pelbagai bentuk pemikiran. Ia lebih sistematik,teratur dan ,menadalam. Terdapat enam jenis penyoalan sokratik iaitu soalan penjelasan,soalan merangsang andaian, soalan merangsang sebab dan bukti,soalan merangsang kesan dan akibat dan soalan berkaitan soalan.
v  Soalan bertumpu dan mencapah. Soalan bertumpu adalah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad dan tepat. Soalan bertumpu ialah soalan aras rendah yang yang kebanyanknnya berbentuk kefahaman dan pengetahuan. Soalan mencapah ialah soalan yang mempungai pelbagai jawapan. Ia merupakan soalan aras tinggi dan bersifat subjektif.
v  Lingkaran soalan di Malaysia telah diperkenalkan oleh Willian Wilen. Teknik ini diperkenalkan bagi mendaatkan idea dan psndangan ahli panel yang pakar dari pelbagai bidang. Lingkaran soalan ialah soalan yang dikemukakan secara berturutan dan hieraki untuk melaksanakan ingkaran soalan.
5.    Alat-alat CoRT
§  Alat berfikir CoRT adalah istilah yang diperkenalkan oleh Professor Dr. Edward de Bono pada tahun 1972.
§  Terdapat enam jenis alat CoRT iaitu
ü  CoRT 1: keluasan persepsi
ü  CoRT 2: organisasi proses berfikir
ü  CoRT 3: interaksi, argumen, pemikiran kritis
ü  CoRT 4: pemikiran kreatif
ü  CoRT 5: maklumat dan perasaan
ü  CoRT 6: tindakan Penggunaan CoRT ini diperkenalkan untuk meningkatkan keupayaan berfikir dalam kalangan pelajar.
§  Namun, yang sering digunakan dalam pembelajaran adalah CoRT 1. Terdapat 7 teknik  asas dalam penggunaan CoRT 1`
a. PMI - plus, minus, interesting (baik, buruk, menarik)
b. CAF - Consider All Factors (ambil kira semua faktor)
c. C&S - Consequence and Sequel (kesan dan akibat daripada kesan)
d. AGO - Aims, Goals, Objective (tujuan, matlamat, objektif)
e. FIP - First Important Priority (keutamaan)
f. APC - Alternatives, Possibilities, Choices (alternatif, kemungkinan, pilihan)
g. OPV - Other People's Views (pandangan orang lain)
Alat-alat CoRT IV
§  CoRT IV membantu meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru.
§  CoRT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono.
§  Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.CoRT IV terdiri 10 teknik:
1.    YA, TIDAK, PO
§  Alat-alat yang terdapat dalam CoRT IV biasa digunakan adalah alat penggunaan YA, TIDAK  dan PO
§  Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK . Ia telah mantap dan kukuh. Tidak dapat diubah dan dipindah.
§  CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil PO.
§  PO merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian. Iaitu, kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betulatau salah.
2.    Batu Loncatan
§  Idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan unutk mendapat idea (kreatif) yang baru.
§  *PO : kedua-dua pelajar mesti memenangi acara baling gasing.
§  Idea ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: bahagikan acara kepada dua pusingan. Maka kedua-dua pelajar boleh menang.
3.    Input Rawak
§  Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru.
§  “Buku PO durian”
§  Buku dicipta supaya mempunyai pangsa seperti durian. Setiap bab disimpan dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa buku untuk dibaca. Simpan kembali bab dalam Pangsa selepas membaca.
4.    Cabaran Konsep
§  Memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu. Apakah cara-cara alternatif?
§  Konsep: “Teksi berjalan mengikut bilangan pemandu yang ditetapkan”
§  Alternatif: Teksi menunggu penumpang cukup dan berjalan apabila penumpang cukup.
5.    Idea Dominan
§  Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru
§  Idea dominan bagi sesuatu kursus: amali
§  Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai murni dan banyakkan dorongan serta cadangan untuk mencapai kejayaan dalam kursus tersebut.
6.    Takrifkan masalah
§  Takrifkan masalah dengan tepat
§  Masalah ‘Hidup di asrama banyak gangguan emosi’
§  Penyelesaian: sesi kaunseling dengan pelajar yang mengalami masalah emosi
7.    Singkirkan kecacatan
§  Kenal pasti semua kecacatan yang ada lalu singkirkan kecacatan-kecatatan berkenaan.
§  Kecacatan: Masalah guru yang lambat atau tidak masuk mengajar di dalam kelas
§  Penyelesaian: Guru besar membuat mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu mengajar.
8.    Kombinasi
§  Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah
§  Gabungan idea kuih dan sambal daging : kuih cara berlauk
9.    Keperluan
§  Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.
§  Keperluan pelajar yang berpindah sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas.
10. Penilaian
§  Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya
§  Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS KOMPUTER’ dijalankan kerana menepati keperluan.
§  Keperluan: zaman berteknologi tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik IT.
Bibliografi
Sumber internet:
https://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota
https://gohfongblog.wordpress.com/alat-alat-cort-iv-pemikiran-kreatif/
https://jianhuatan.wordpress.com/category/uncategorized/alat-alat-cort-iv-pemikiran-kreatif/
https://sites.google.com/site/debbystanis/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota

https://prezi.com/ts-6okdjborw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota/

Teknik membaca cepat

Teknik Membaca (IVY CHIONG YIN YIN)
i.Definisi membaca:
ü  Membaca adalah satu cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis.
ü  Sebagai pelajar, membaca menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu perkara atau konsep.
ü  Bagi menjadi pembaca yang berkesan, kita mesti menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai dengan keupayaan kita.
ii.Teknik membaca dibahagikan kepada:
·         Pembacaan cepat
·         Pembacaan  perlahan


1.Teknik pembacaan cepat
·         Skimming
·         Scanning 
  
                             Image result for teknik membaca 

1.1  Teknik membaca cepat-Teknik Skimming(Luncuran)
Definisi:
Ø  Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN):
Ø  Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
Ø  Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN):
Ø  Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
Ø  Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
Ø  Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
Ø  Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca

1.2  Teknik membaca cepat –Teknik Scanning
Definisi:
Ø  Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING (IMBASAN):
Ø  Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
Ø  Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
Ø  Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
Ø  Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
Ø  Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
Ø  Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada


2.Teknik pembacaan perlahan
TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN:
Ø  Untuk membuat analisis
Ø  Supaya lebih faham
Ø  Dapat menilai bahan bacaan
Ø  Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
Ø  Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan

2.1 Teknik pembacaan perlahan-Teknik SQ3R
Definisi:
SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.  SQ3R merupakan suatu prosedur belajar yang sistematik dan bersifat praktik. Metode SQ3R merupakan suatu metode membaca  yang sangat baik untuk kepentingan membaca secara intensif dan rasional. 
                    Image result for sq3r

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?
  S- SURVEY (MENGKAJI)
langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Ø  Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
Ø  Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
Ø  Baca keterangan, carta dan grafik
Ø  Baca rumusan
Ø  Melihat bagaimana maklumat disampaikan
Ø  Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan

  Q- QUESTION (MENYOAL)
langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Ø  Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
Ø  Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
Ø  Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
Ø  Bersoal jawab dengan rakan-rakan
Ø  Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab

  3R- READ (MEMBACA)
 peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Ø  Baca perlahan pada petikan yang sukar
Ø  Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
Ø  Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
Ø  Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
Ø  Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci

  3R- RECITE (MENYEBUT)
peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Ø  Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
Ø  Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
Ø  Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan

  3R- REVIEW (MENGULAS)
peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Ø  Ulas semula maklumat yang dibaca
Ø  Ulas soalan dan jawapan
Ø  Buat ulasan nota
Ø  Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
Ø  Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar

                                     Image result for sq3r worksheet

                                     Image result for sq3r worksheet


                                     Image result for sq3r worksheet
Manfaat teknik SQ3R
a. Survey terhadap bacaan akan memberi kemungkinan pada pembaca untuk menentukan apakah bacaan tersebut sesuai dengan keperluannya atau tidak. Jika memang bacaan itu diperlukan, tentu pembaca akan meneruskan kegiatan bacanya. Jika tidak, pembaca akan mencari bahan lain yang sesuai dengan kebutuhan atau keinginannya.
b. Metode SQ3R memberi kesempatan kepada para pembaca untuk berlaku fleksibel. Artinya pengaturan kecepatan membaca untuk setiap bagian bahan bacaan tidaklah harus sama. Pembaca akan memperlambat tempo bacaannya jika menemukan hal-hal yang reletif baru baginya, hal-hal yang memerlukan pemikiran untuk memahaminya, atau mungkin bagian-bagian bacaan yang berisi informasi yang diperlukan pembacan. Sebaliknya, pembaca akan menaikkan tempo kecepatan bacanya, jika bagian-bagian bacaan itu dipandang kurang relevan dengan kebutuhannya atau mungkin bagian tersebut sudah dikenalinya.
c. Metode SQ3R membekali pembaca untuk belajar secara sistematis. 
d. Penerapan metode SQ3R dalam pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang komprehensif, bukan ingatan. Pemahaman yang komprehensif akan bertahan lebih lama tersimpan di dalam otak, daripada sekedar mengingat fakta. 
e. Metode SQ3R dapat meningkatkan pencapaian hasil belajar dengan efektif dan efisien apabila dibandingkan dengan belajar tanpa metode.

 Kelebihan metode SQ3R
Metode SQ3R merupakan salah satu metode yang dapat digunakan dalam pembelajaran membaca. Metode SQ3R memiliki kelebihan dalam meningkatkan daya ingat dari pemahaman suatu bacaan. Kelebihan metode pembelajaran SQ3R menurut Fitria (2011) antara lain:
1) Siswa diarahkan untuk terbiasa berpikir terhadap bahan bacaan sehingga siswa menjadi lebih aktif dan terlatih untuk bisa membuat pertanyaan.
2) Siswa berusaha untuk memikirkan jawaban-jawaban dari pertanyaan yang mendalami isi bacaan atau teks tersebut.
3) Siswa dapat bekerjasama dalam kelompoknya untuk saling bertukar pendapat dalam memahami konsep materi yang disajikan dalam uraian teks.

2.2 Teknik membaca perlahan-Teknik KWLH
Definisi:
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

                       Image result for kwlh

                       Image result for kwlh

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
  K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
  W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
  L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca) 
  H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
Tujuannya :
·         Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
·         Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·         Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.
·         Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).
TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
  Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
  Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
  Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
  Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
  Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
  Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
  Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
  Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan
Kelebihan Teknik KWLH
Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.
Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan